Font Size

SCREEN

Profile

Cpanel
 
 

BAHASA

 
 
 
 
 
 

SIJIL PELUKIS PELAN SENIBINA

Email Cetak

OBJEKTIF PROGRAM
Program Sijil Pelukis Pelan Senibina merupakan suatu program kemahiran yang dijalankan di Kolej Komuniti. Ia merupakan satu program kemahiran di dalam menyediakan lukisan pelan senibina sesuai dengan kehendak industri masa kini. Pelajar akan didedahkan dengan teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam dan akta-akta yang berkaitan sebagai rujukan dalam proses merekabentuk sesebuah bangunan atau binaan. Selain itu, pelajar juga memperolehi kemahiran dalam menyediakan lukisan persembahan secara manual dan berkomputer serta merekabentuk model-model bangunan.

KEISTIMEWAAN PROGRAM
Berpeluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Peluang pekerjaan di sektor kerajaan dan swasta.

SYARAT KELAYAKAN
Warganegara MALAYSIA
Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) atau setara
Lulus Bahasa Melayu dalam Peperiksaan SPM
Lulus Matematik dalam Peperiksaan SPM
Kredit dalam mana-mana satu (1) matapelajaran dalam Peperikasaan SPM

PROSPEK KERJAYA
Sijil Pelukis Pelan Senibina akan melahirkan pelajar-pelajar dengan kemahiran seinibina dan pengetahuan teknikal dalam amalan kerja senibina. Di akhir program, pelajar akan dapat memenuhi kehendak industri dalam kerjaya seperti:-

Pelukis Pelan dan Bangunan
Juruteknik Bangunan
Pelukis Ilustrasi
Pembuat Model Bangunan
Penyelia Tapak
Kontraktor
Clerk of Work

PELAKSANAAN PROGRAM
Pengajian dijalankan secara:-

SEPENUH MASA (Isnin hingga Jumaat)
TEMPOH: 16 Bulan

NOTA: * Tertakluk kepada perubahan.

** Pengambilan seterusnya akan bermula pada Ambilan Julai 2013 bagi SKK SAHAJA.